
Produk babi sama ada darah, daging, kulit, tulang, bulu dan sebagainya adalah haram dimakan atau digunakan oleh umat Islam. Itu adalah arahan mutlak al Quran. Dan kebiasaan kepada orang Melayu di negara ini, babi adalah menjijikkan. Perasaan jijik terhadap daging babi telah ditanam semenjak dari kecil. Namun pada masa yang sama, perasaan jijik terhadap produk-produk yang menggunakan babi tetapi telah berubah bentuk, kurang menarik perhatian.
Terbaru apabila Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia mendedahkan tentang penemuan mengejutkan iaitu asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam bahan ramuan Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder yang digunakan oleh syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd. Dan lebih memeranjatkan lagi ialah apabila blog Persatuan Pengguna Islam Malaysia turut mendakwa, bahan-bahan tersebut menjadi bahan-bahan utama yang digunakan oleh rangkaian kedai pembuat kek terkenal yang sebahagian besar pelanggan mereka adalah masyarakat Islam.
Laman web www.halal.gov.my milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyebut, mesyuarat yang diadakan pada 12 Mei lalu memutuskan permohonan Puratos Malaysia Sdn Bhd adalah tidak berjaya berikutan penemuan DNA babi berkenaan.
Jakim turut menyenaraikan bahan makanan itu digunakan rangkaian kedai kek berkenaan.
Dari semasa ke semasa, sama ada secara sedar atau sebaliknya, umat Islam di negara ini sedang diancam dengan babi di dalam makanan mereka. Daging babi tidak perlu lagi dimasak dan dihidangkan dalam bentuk daging babi, sebaliknya elemen-elemen babi boleh didapati dengan mudah termasuklah pada berus lukisan.
Khamis lalu, apabila tiga orang pengarah Kluang Rail Coffee dihadapkan ke mahkamah ekoran penemuan DNA babi di dalam kopi yang dikeluarkan oleh syarikat mereka, ia sekali lagi menimbulkan kegemparan. Namun masyarakat Islam di Malaysia sebenarnya, melayan berita-berita sebegini sebagai sesuatu yang sensasi bukannya sesuatu yang boleh dipelajari atau diawasi.
Dari semasa ke semasa, ancaman terhadap umat Islam tidak pernah berkurangan, sebaliknya sentiasa bertambah dan di dalam pelbagai bentuk. Desakan agar babi diternak secara bebas, seringkali dibuat terutama daripada pemimpin DAP sungguhpun DAP di Pulau Pinang tidak membenarkan sebarang kandang babi.
Babi menjadi sangat sensitif di kalangan para pemimpin DAP. Ketika kerajaan Negeri Sembilan dan kerajaan Melaka ingin menghapuskan babi di Linggi dan Sungai Nipah, DAP merupakan antara yang paling lantang meminta agar kerajaan membayar pampasan dan menjaga kebajikan kaum penternak babi. Apabila kepala babi dikerat dan dilemparkan ke dalam masjid, DAP pula diam menikus, langsung tidak memberikan sebarang komen mahupun mengecam perbuatan tersebut.
Ancaman babi di dalam makanan yang dijual kepada umat Islam pula dari sehari ke sehari terus meningkat. Perlumbaan untuk mendapatkan sijil halal dan logo halal oleh syarikat-syarikat yang dimiliki oleh bukan Islam, sebenarnya adalah kesan daripada kuasa beli umat Islam yang semakin meningkat. Begitu juga dengan rumah-rumah penyembelihan yang turut mendapatk
an logo dan pengiktirafan halal meskipun pemiliknya adalah bukan Islam, manakala para pekerjanya pula memang boleh diragui keIslaman dan pengetahuan mereka tentang Islam.
Umat Islam seharusnya lebih berhati-hati dan lebih cerewet tentang makanan. Ingatan Rasulullah s.a.w agar kita menjauhi perkara syubhah. Terdapat terlalu banyak makanan yang meragukan di pasaran sekarang ini. Restoran-restoran yang menyajikan makanan jarang diperiksa dan diusul oleh umat Islam. Hanya kerana jenama yang hebat dan hiasan dalaman yang menawan, umat Islam di Malaysia sangat mudah tertarik.
Dan kerana itulah salah seorang pemimpin DAP Perak boleh hidup senang dengan rangkaian kopitiamnya walaupun tidak mempunyai status halal. Bahkan majoriti pelanggannya adalah Melayu Islam yang tidak pernah mempertikaikan makanan yang dihadapkan kepada mereka.
Umat Islam tidak makan babi, tetapi hari-hari umat Islam telan babi tanpa mereka sedari. Justeru, kembalikan kepada seruan Rasulullah s.a.w agar meninggalkan perkara syubhah termasuklah mengunjungi restoran-restoran yang kelihatan sangat cantik dengan makanan yang sedap-sedap, tetapi sebenarnya merupakan perangkap untuk kerosakan akidah!
tidak sangke...pihak berwajib perlu lakukan pemantauan dgn segera....tindakan perlu diambil segera
ReplyDelete